SAIYIDINA UTHMAN BIN AFFAN ra.
Di zaman kebangkitan
Islam dahulu terdapat beberapa sahabat yang terkenal kerana banyak
mengorbankan harta-benda dan kekayaannya untuk membela Agama Allah.
Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka sekali ialah
Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah Saiyidina
Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi. Apatah
lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam mahupun
setelah Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang
paling berjaya sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan
harta-bendanya bagi menegakkan perjuangan Islam.
Saiyidina Uthman Bin
Affan R.A. adalah Khalifah Islam yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al
Khattab R.A. Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir sebelas tahun
lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655 Masihi. Beliau memperoleh
gelaran "Zun Nurain yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya
ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya dengan dua orang
puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah wafatnya
semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula
dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah
s.a.w. terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu
pula meninggal, Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada
anak perempuanku lagi hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.
Sahabat besar ini
termasuk orang-orang pertama yang masuk Islam. Beliau datangnya dan suku
atau puak Quraisy yang paling keras sekali tentangannya terhadap agama
Islam dan Rasulullah s.a.w., iaitu puak Umaiyah. Menurut catatan
sejarah, Saiyidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima diajak oleh
Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk Islam. Setelah memeluk
Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah
s.a.w. kerana kemuliaan dan kehalusan budipekertinya. Memang
sesungguhnya Saiyidma Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang
sahabat yang sangat tinggi budiperkertinya, sangat penyantun, lemah
lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan kecintaan dan penghargaan
Rasulullah s.a.w. kepadanya itulah maka beliau telah menjadi pilihan
baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya seorang demi seorang
selepas meninggal seorang lepas satunya. Sebagai memuji keluhuran budi
akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, "Malaikat
sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang Rasulullah s.a.w. biasanya tidak
keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang
biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman R.A. akan
datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang
sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh
para malaikat.
Dalam
suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda, "Saya bermohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorangpun yang
pernah menjadi menantuku atau menjadi mertuaku dimasukkan ke dalam
neraka. Hal yang demikian itu tercapai oleh Saiyidina Uthman R.A. kerana
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Tiap-tiap Nabi mempunyai teman, dan
Uthman adalah temanku di dalam syurga.
Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi
tegang dan meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan
yang hebat terhadap kaum Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk
orang-orang yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman
R.A. berserta isterinya adalah termasuk rombongan yang menjalankan
hijrah yang bersejarah itu. Beliau tidak pernah memikirkan kerugian
perniagaannya yang ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah
tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah.
Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau pun tinggallah di kota Mekah
buat sementara waktu. Kemudian beliau telah melakukan hijrah pula ke
Madinah untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang telahpun lebih dahulu
berhijrah di kota tersebut.
Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun
mulalah menjalankan usaha perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi
saudagar yang kaya. Namun demikian beliau tidak teragak-agak sedikitpun
bagi mempergunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut
seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat
besar, banyak sekali pengorbanan Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap
Islam. Di zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum
Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan
telah membeli sebuah kolam yang bernama Bir Ruma dan seorang Yahudi.
Pada saat itulah Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang antara
kamu yang membeli sumur Ruma lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum
Muslimin serta ia menimba air sumur tersebut maka orang yang berbuat
demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya dalam syurga.
Begitu juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi terasa sempit sebab semakin
banyaknya orang yang bersyalat di dalamnya, maka dengan spontan
Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang sederet di samping masjid untuk
dibongkar, kemudian dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih luas
dan besar lagL
Selain
daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. juga
adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah s.a.w. dalam
berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan juga
pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada tahun keenam
hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka tidaklah
menghairankan kiranya beliau tergolong salah seorang yang paling
diridhai oleh Rasulullah s.a.w. pada waktu wafat baginda.
Selain memiliki sifat
pemalu, Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat akrab Rasulullah
s.a.w. yang masyhur dengan sifat waraknya, kuat beribadat dan amat taqwa
kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah Allah dan sekali-kali
tidak melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap tahun beliau menunaikan
ibadah Haji dan dalam sepanjang tahun pula beliau berpuasa setiap hari
kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa. Beliau sangat mengambil
berat terhadap kaum keluarganya dan sangat bertimbangrasa dan kasih
mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat yang sangat pemurah
dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau mendengar bacaan
Qur'an darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh
rasa takutnya.
Khalifah
Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai Khalifah apabila wafatnya
Saiyidina Umar Ibnul Khattab apakala beliau menyatakan kesanggupannya
secara tegas kepada AbduIl Rahman Bin Auf yang bertindak sebagai
formatir. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala dilantik
menjadli Khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Beliau seorang yang
bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam
menjalankan pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina Abu
Bakar dan Saiyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum
daripadanya, mereka kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi
sesuatu masalah dalam zaman pemerintahannya. Pada masa zaman
pemerintahannya, keadaan pemerintahan Islam dan semasa ke semasa mula
menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman peralihan dan
kehidupan asal orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan pada
zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil
penaklukan negeri-negeri yang baharu.
Dalam zaman pemerintahannyalah orang-orang
Islam mula merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran. Mereka yang
menghadiri majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada zaman itu melihat
perbezaan besar jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman
Khalifah Umar. Sebagai seorang Khalifah beliau merasa bahawa rakyatnya
berhak menikmati hidup yang makmur itu, tetapi beliau tidak membenarkan
kepada orang-orang Islam bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu
hingga melanggar hukum Allah. Pada zaman beliau ramai daripada para
sahabat Rasul keluar meninggalkan bandar Madinah hermastautin di
wilayah-wilayah yang baharu diperintah oleh pemerintah Islam. Pemergian
mereka itu tidak dilarang oleh Saiyidina Uthman. Jikalau pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar para sahabat tidak dihenarkan keluar dan
bermastautin di negeri-negeri yang baharu diperintah oleh orang-orang
Islam, tetapi pada zaman Khalifah Uthman R.A. tegahan itu dihapuskan.
Saiyidina Uthman tidak begitu mengambil berat terhadap gabenor-gabenor
Islam yang memerintah di wilayah-wilayah Islam khususnya mengenai
perjalanan mereka, untuk menjaga nama baik mereka dan untuk mengelakkan
daripada perkara-perkara yang mungkin menimbulkan fitnah. Berlainan
dengan Saiyidina Umar R.A. yang sangat mengambil berat tentang kedudukan
wakil-wakilnya yang memerintah.
Pada zaman peinerintahan Saiyidina Uthman Bin Affan
inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku
sebelumnya. Timbulnya peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah
disebabkan oleh kecuaian Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja
meringan-ringankan hukum, bahkan hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap
dikenakan ke atas siapa juga yang bersalah yang melanggar larangan Agama
Islam. Tetapi bagaimanapun percubaan-percubaannya itu tidak
menghasilkan hasil yang baik berlainan dengan apa yang dijalankan oleh
Saiyidina Umar Ibnul Khattab dalam masa pemerintahannya dan mi
menyebabkan fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara pihak pemerintah
dengan orang ramai.
Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan
pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh
cakap-cakap orang lain terutama oleh kaum keluarganya sendiri. Mereka
itu pernah mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang
keluarganya yang hernama Marwan Bin Hakkam. Perbuatannya yang membiarkan
keluarganya campur tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke
atas ramai anggota keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya
menimbulkan rasa tak puashati di kalangan penduduk Madinah khasnya dan
rakyat Islam umumnya.
Selain daripada itu ada lagi beberapa perkara yang
dilakukan oleh Saiyidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tak puashati
orang-orang Islam pada masa itu. Salah satu danpada perkara-perkara itu
ialah keputusan membenarkan bapa saudaranya Al Hakam Bin Abi Al As dan
beberapa orang keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al Hakam
telah dipenintah keluar dari Madinah kenana sikap penmusuhannya terhadap
Rasulullah s.a.w. dan Saiyidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah
pada masa hayatnya lagi meminta baginda membenarkan bapa saudaranya itu
kembali tetapi Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan permintaannya itu
hingga pada zaman Saiyidina Abu Bakar R.A. dan Saiyidina Umar R.A. dia
tidak dibenarkan juga kembali. Apabila Saiyidma Uthman dilantik menjadi
Khalifah bapa saudaranya itu dihenarkan kembali ke Madinah., bukan
setakat itu sahaja namun apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya
dan anaknya yang bernama Al Hanith dilantik pula menjadi pegawai
menjaga tempat-tempat perniagaan di Madinah. Sementara perlantikan
Saiyidina Uthman ke atas anaknya Al Hakam yang bernama Marwan menjadi
sebagai menteni kepadanya itu dikecam hebat juga oleh orang-orang Islam.
Beberapa orang sahabat yang terkemuka telah membantah perlantikan itu
tetapi tidak dipedulikan oleh Saiyidina Uthman. Mengenai pengkembalian
bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina Uthman memberitahu
sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan Rasulullah
s.a.w. dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian.
Selain daripada itu
orang-orang Islam merasa tak puas hati juga tenhadap pemecatan yang
dilakukan oleh Saiyidina Uthman ke atas pegawai-pegawai yang dilantik
pada zaman Saiyidina Umar Ibnul Khattab dan digantikan dengan
orang-orang baru dari kaum keluarganya. Perkara-perkara seperti yang
tersebut itu berlakunya di Madinah pusat pemerintahan Islam pada masa
itu. Sementara di lain-lain wilayah Islam tak sunyi juga daripada adanya
golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan tak puas hati terhadap
Saiyidina Uthman R.A. Pemenintahan Saiyidina Uthman itu mula menempuh
satu percubaan yang besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah di Madinah
yang akhirnya menjalar ke seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain.
Tatkala itulah seorang musuh Islam bernama Abdullah Bin Saba, seorang
Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam telah membangkitkan kemarahan
rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan tujuan untuk memecah
belahkan kaum Muslimin sesama sendini.
Seonang sahabat yang tenkenal bennama Abu
Zar juga telah menentang hebat pemerintahan Saiyidina Uthman R.A. dengan
membuat cabaran ke atas Khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang
pada masa itu sebagai wakil Khalifah memerintah kota Damshik. Di negeri
Syam Abu Zar telah termakan hasutan dan Abdullah Bin Saba lalu menentang
Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah Mauwiyah mendakwa bahawa
harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan kepunyaan
onang-orang Islam seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan
harta baitulmal kepada orang ramai. Inilah hasutan yang dibuat oleh
Abdullah Bin Saba kepada sahabat tenkenal iaitu Abu Zar yang memang
berjiwa militan dan keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar
itulah maka akhinnya Saiyidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk
mengasingkan Abu Zar Al Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke
satu tempat bernama Raudah. Di tempat pembuangannya itu beliau
terus-menerus juga membuat kecaman ke atas Saiyidina Uthman R.A. hingga
akhin hayatnya beliau meninggal dunia pada tahun 31 Hijrah.
Sementara itu
kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara gigih oleh Abdullah Bin Saba
untuk memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat kejayaannya di Mesir,
Kufah dan Basrah. Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa orang ramai
dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh sesiapa
sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang
penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. Di Mesir Muhammad
Bin Abu Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong
gerakan Abdullah Bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian kerabat
antaranya dengan Saiyidina Ali R.A. iaitu sebagai anak tiri kepada
Saiyidina Ali Bin Abu Talib yang beristerikan balu Saiyidina Abu Bakar
R.A. iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad Bin Abu Bakar. Muhammad Bin Abu
Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina Uthman kerana sepucuk
surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah kepada Abdullah
Bin Saba, gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu Bakar dan
juga membunuh sekelian orang yang menyokong Muhammad sama ada dan
golongan Muhajirin ataupun dan Ansar.
Kesudahannya golongan-golongan yang
menentang Khalifah Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir,
Kufah dan Basrah itu membuat satu pakatan menuju Madinah untuk
mengemukakan tuntutan-tuntutan meneka kepada Khalifah. Apakala mereka
dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat ditunaikan sepenuhnya
oleh Khalifah maka mereka pun melakukan kepungan terhadap istana
Khalifah Uthman Bin Affan. Setelah beberapa hari melakukan kepungan,
mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman Bin Affan
yang tenkenal kenana sifat sabar dan santunnya itu. Ketua pemberontakan
itu bernama Al Ghiffari telah memukul Saiyidina Uthman dan kemudiannya
diiringi pula oleh tetakan dengan pedang dari seorang pemberontak lain,
pukulan mana disanggah oleh isteni Saiyidina Uthman bernama Naelah dan
kena pada jari tangannya lalu putus. Akhinnya Saiyidina Uthman mati
terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dan akibat dan kewafatannya
itu maka bermulalah babak-babak yang mendukacitakan dalam lembaran
sejarah Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar