Pedang Allah
Perang Uhud dan Perang
Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi
Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy
yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah
menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero
penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan
bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima
tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'
Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah
musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi
perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang
cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada
bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As.
Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang
yang menentang Rasulullah SAW.
Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau
tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang
memang terkenal itu.
Dalam Perang Muktah,
tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih
kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera
Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima
kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang
kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib.
Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin
Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan
kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas
persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan
terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu
ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan
lagi.
Di zaman
Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan
murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera
Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW
bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu
Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada
orang-orang kafir dan munafik"
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah
Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya.
Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang
terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam
strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada
tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada
tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan
mengalami bencana masing-masing"
Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau
telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan
angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata :
"Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan
kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan
setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan
dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa
akan dihantar ke Madinah".
Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami
tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau
sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami
tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang
Romawi, sebab itulah kami ke mari"
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang
beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita
berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat
dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera
Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata :
"Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau
mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah
SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di
Syurga)"
Jawab
Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai
Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang
dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi
bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.
Dalam suasana perang
tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima
Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.
George bertanya
: "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana
setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa
Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu
diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan
kalah"
Khalid b
Al-Walid menjawab : "Tidak"
George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang
Allah ?"
Khalid b
Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami
seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada
yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang
mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku
mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.
Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang
Allah"
George
bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"
Khalid b Al-Walid
menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran
Islam"
George
seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa
yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
Khalid b Al-Walid
menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"
George berkata
: "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"
Khalid b Al-Walid
menjawab : "Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda
kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya,
lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat
dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan,
maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan
jiwamu"
Akhirnya
George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat
dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada'
perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan
tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid
dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera
parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di
sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba
orang yang kedua pun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang
lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air
berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya.
Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini
membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih
kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang
ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW
Tidak ada komentar:
Posting Komentar