Menurut ijma' (kata sepakat) ahli sunnah wal jama'ah, Hazrat Abu
Bakar r.a ialah lelaki yang paling afdal selepas para nabi a.s.
Kedudukan beliau sebagai ahli syurga sudah pasti. Nabi sendiri pernah
memberi berita gembira kepada beliau tentang kedudukan beliau di dalam
syurga. Bahkan diberitahu bahawa beliau akan menjadi ketua kepada satu
kumpulan ahli syurga. Semua pintu syurga akan menyeru dan memanggil
nama beliau.
Baginda pernah bersabda, "Abu Bakar ialah orang yang
mula-mula sekali akan memasuki syurga di kalangan umatku."
Walaupun
mempunyai segala kelebihan ini, kadang-kadang beliau berkata.
"Alangkah baik andainya aku sebatang pokok yang akan ditebang."
Kadang-kadang beliau berkata. "Alangkah baiknya jika aku sehelai
rumput yang akan dimakan oleh haiwan temakan."
Kadang-kadang
beliau berkata. "Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan seorang
mukmin."
Pada suatu ketika beliau telah memasuki satu kebun dan
melihat seekor haiwan sedang duduk. Beliau menghela nafas panjang
sambil berkata, "Betapa gembira hidupmu. Kamu makan, kamu minum. kamu
ke sana dan ke mari di bawah naungan pokok-pokok dan di akhirat nanti
tiada sebarang penghisaban pun ke atasmu. Alangkah baiknya kalau Abu
Bakar seperti kamu." [Tarikhul Khulafa']
Hazrat Rabi'ah Aslami
r.a menceritakan, "Pernah sekali berlaku pertengkaran antara saya
dengan Hazrat Abu Bakar r.a kerana sesuatu perkara. Beliau telah
mengatakan sesuatu yang kasar terhadap saya yang saya tidak suka.
Beliau segera menyedari keadaan itu dan berkata kepada saya, "Engkau
pun katakanlah perkataan itu kepada saya supaya menjadi balasan
terhadap saya.
Saya enggan mengatakan perkataan itu. Maka beliau
pun berkata, "Sama ada engkau katakan perkataan itu kepada saya atau
pun saya akan pergi dan ajukan perkara ini kepada Rasulullah s.a.w,
Saya
tetap enggan daripada menyuarakan sebarang jawapan. Lantas beliau
telah bangun dan terus pergi. Beberapa orang daripada Banu Aslam datang
dan berkata, "Adakah ini satu perbuatan yang wajar? Dia yang membuat
kesilapan dan dia juga yang Ingin adukan kepada Rasulullah s.a.w"
Saya
menjawab, "Adakah kamu mengetahui siapa beliau? Beliaulah Hazrat Abu
Bakar Siddiq: Sekiranya beliau merajuk denganku maka Rasul yang
dikasihi Allah s.w.t juga akan memarahi aku. Dengan kemarahan Baginda
s.a.w, Allah s.a.w juga akan memurkai aku. Jika demikian, tidak ada
apa-apa keraguan lagi pada kebinasaan Rabi'ah."
Selepas itu saya
pergi menemui Rasulullah dan menceritakan peristiwa tadi. Baginda s.a.w
pun bersabda, "Tindakan kamu itu betul, memang sepatutnya engkau tidak
menjawab dan tidak membalas terhadap, beliau. Cuma sebagai ganti
katakanlah, "Wahai Abu Bakar, semoga Allah mengampuni kamu."
Keterangan
Demikian itulah sifat
ketakutan Hazrat Abu Bakar r.a kepada Allah s.a.w. Beliau begitu risau
dan mengambil berat tentang satu perkataan yang remeh sehingga pada
mulanya beliau sendiri yang meminta supaya dibalasi dan kemudian dengan
perantaraan Rasulullah s.a.w, beliau ingin supaya Hazrat Rabi'ah r.a
mengambil tindakan balas. Pada hari ini, sungguhpun banyak perkataan
yang kita ucapkan antara satu sama lain namun kita tidak pun terfikir
yang kita akan dibalasi atau pun kita akan dihisab di akhirat nanti.
www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=323:ketakutan-hazrat-abu-bakar-ra-terhadap-allah-swt&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75
Tidak ada komentar:
Posting Komentar