SAIDINA ALI
BIN ABI TALIB KARAMALLAHU WAJHAH
Saiyidina Ali R.A. bukan sahaja seorang
sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda
bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu
bagaikan lautan, kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang
ahli sastera dan pidato, di samping seorang pahlawan yang tiada
seorangpun dapat menafikan kehandalannya di antara barisan
pahlawan-pahlawan yang terbilang.
Beliau telah memeluk Islam ketika berumur 8 tahun dan
merupakan kanak-kanak yang mula-mula sekali memeluk Islam. Setengah
riwayat menyatakan bahawa beliaulah yang paling dahulu Islam dari
Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Saiyidina Ali Bin Abu Talib termasuk
ahli keluarga Rasulullah S.A.W. sendiri kerana beliau adalah sepupu
baginda yang membesar dalam asuhan dan pemeliharaan Nabi S.A.W.
Saiyidina Ali R.A. dilahirkan dalam Kaabah, kiblat yang menjadi
kerinduan ummat Islam. Mula-mula yang dilihatnya ialah Muhammad S.A.W.
dan Siti Khadijah sedang sembahyang. Ketika beliau ditanyakan kenapa
memeluk Islam tanpa lebih dahulu mendapat izin ayahnya, Ali R.A.
menjawab, "Apa perlunya aku bermesyuarah dengan ayah demi untuk mengabdi
kepada Allah?
Pada mulanya agama
Islam hanya berkembang di sekitar lingkungan rumah Rasulullah S.A.W.
sahaja, yakni berkisar pada diri Rasulullah S.A.W., isterinya Siti
Khadijah, Ali dan Zaid Bin Haritsah. Pada suatu hari Nabi Muhammad
S.A.W. telah mengundang sekelian sanak saudaranya pada satu jamuan di
rumahnya. Setelah mereka itu datang maka Rasulullah S.A.W. pun
menerangkan kepada mereka itu tentang agama Islam yang dibawanya itu.
Maka Abu Lahab memutuskan pembicaraannya serta menyuruh hadirin yang
lain supaya meninggalkan jamuan makan itu. Pada keesokan harinya
Rasulullah S.A.W. mengadakan pula jamuan makan, dan setelah selesai
bensantap, maka bersabdalah Rasul S.A.W.
"Saya rasa tak ada seorang yang membawa
sesuatu yang lebih mulia daripada yang ku bawa sekarang. Maka siapakah
di antara kalian yang akan menolongku? Tatkala mendengarkan rayuan Rasul
itu mereka semua marah lalu bangkit untuk meninggalkan rumah itu.
Tetapi Ali yang masih lagi belum baligh ketika itu lantas bangun seraya
berkata, "Hai Rasulullah, akulah yang akan menolongmu. Aku akan
memerangi sesiapa sahaja yang akan memerangimu , lalu disambut oleh
hadirin dengan tertawa sambil melihat-lihat Abu Talib dan anaknya itu.
Kemudian meneka meninggalkan rumah Rasul itu sambil mengejek-ejek.
Saiyidina Ali R.A.
pernah benkata, "Aku telah menyembah Allah S.W.T. lima tahun sebelum
disembah sesiapapun dari ummat Muhammad ini. Bahkan beliau adalah salah
seorang yang pertama bersembahyang bersama Rasulullah S.A.W. Dalam
hubungan ini Anas Bin Malik R.A. pernah berkata, "Muhammad diangkat
menjadi Rasulullah pada hari Isnin, sedang Ali Bin Abu Talib sudah ikut
sembahyang bersama baginda Rasul pada keesokan harinya.
Abu Talib, bapa saudara
Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah hidupnya serta mempunyai
ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan beban Abu Talib itulah
atas fikiran. Nabi S.A.W., Saiyidina Abbas Bin Abu Muttalib telah
mengambil Ja'afar menjadi tanggungannya sedang Rasul sendiri mengambil
Ali. Dengan hal demikian tumbuhlah Ali Bin Abu Talib sebagai seorang
pemuda di tengah-tengah keluarga Rasulullah dan langsung memperoleh
asuhan dan baginda. Saiyidina Ali R.A. banyak mengambil tabi'at Nabi
S.A.W. dan beliaulah yang terdekat sekali hubungannya dengan Rasul serta
yang paling dicintainya. Demikian akrabnya Saiyidina Ali R.A. dengan
Rasulullah S.A.W. hinggakan beliau hampir-hampir tidak pernah berpisah
sejengkal pun dari Rasulullah S.A.W. baik di waktu suka mahupun di waktu
susah. Pergonbanannya terhadap Islam dan Rasulnya adalah demikian besar
sekali dan akan selamanya menjadi contoh keutamaan yang tiada
bandingannya dalam sejarah ummat Islam.
Tatkala Rasulullah S.A.W. melakukan hijrah
ke Madinah di atas penintah Allah S.W.T. bagi menyelamatkan dirinya dari
rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka
kepada Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat
tidurnya pada malam yang sangat genting itu. Walaupun tugas itu sangat
berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali R.A. sebagai sifatnya
seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas tersebut dengan
hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa berpeluang
menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan beliau
juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan
pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hani.
Setelah Rasulullah S.A.W.
selamat sampai ke Madinah, tidak lama kemudiannya tibalah pula
rombongan Saiyidina Ali R.A. Apakala ramai kaum Muhajinin sampai di kota
Madinah itu, Rasullullah S.A.W. telah mempersaudarakan antana golongan
Muhajirin dengan golongan Ansar. Tetapi anihnya dalam hubungan ini
Rasulullah tidak mempersaudarakan Saiyidina Ali R.A. dengan sesiapapun
juga, hanya baginda berkata kepada Saiyidina Ali, demikian sabdanya,
"Wahai Ali, engkau adalah saudaraku di dunia dan saudaraku juga di
Akhirat. Demikian jelaslah bahawa baginda telah mempersaudarakan
Saiyidina Ali dengan diri baginda sendiri. Kesayangan Rasulullah S.A.W.
terbukti dengan menjodohkan Saiyidina Ali R.A. dengan puteri yang paling
disayanginya iaitu Fatimah AzZahrah, seorang wanita yang paling utama
di syurga, padahal sebelum itu Fatimah sudah pernah dilamar oleh
Saiyidina Abu Bakar dan Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tetapi Rasul
menolaknya dengan lemah lembut dan dengan cara yang bijaksana.
Sebagai seorang yang
gagah berani dan sahabat yang paling disayangi baginda Rasul, Saiyidina
Ali R.A. tidak pernah ketinggalan dalam mana-mana peperangan baik besar
mahupun kecil yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah
melakukan peranan yang penting dalam Peperangan Badar yang terkenal itu.
Ketika itu beliau merupakan seorang pemuda yang gagah dan tampan masih
dalam lingkungan 20an lagi. Dalam peperangan itulah buat
pertama kalinya Rasulullah S.A.W. telah menyerahkan panji-panji
peperangan kepada Saiyidina Ali R.A. dimana beliau telah menjalankan
tugasnya dalam peperangan tersebut dengan cemerlang sekali. Setelah
peperangan tamat para sahabat tidak menemui Nabi S.A.W. di tengah-tengah
mereka. Dalam keadaan mereka tertanya-tanya itu tiba-tiba muncul
Rasulullah S.A.W. bersama Saiyidina Ali R.A. seraya baginda bersabda,
"Saya sebenarnya ada di belakang kalian sedikit kerana merawati perut
Ali yang luka. Dari peristiwa ini dapatlah dilihat betapa besarnya
kecintaan baginda tenhadap Saiyidina Ali R.A. dan bagaimana pula
besarnya pengorbanan Ali R.A. dalam menegakkan kemuliaan Agama Islam.
Dalam apa jua
peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W., Saiyidina Ali R.A.
tetap berada di samping baginda. Pada suatu ketika iaitu dalam Perang
Tabuk, tiba-tiba Rasulullah S.A.W. tidak membenarkan Saiyidina Ali R.A.
untuk menyertai baginda hingga sikap Rasulullah S.A.W. itu telah
dijadikan modal fitnah oleh pihak musuh-musuh Islam serta kaum munafik
konon baginda tidak senang hati terhadap Saiyidina Ali R.A. Jika tidak
demikian masakan baginda menegahnya menyertai perang. Sebagai seorang
yang benar dan mencintai kebenaran Saiyidina Ali R.A. kurang berasa
senang mendengar desas-desus yang kurang menyenangkan itu lantas beliau
terus menjumpai Rasul untuk meminta penjelasan. Sebagai menghilangkan
keraguan beliau itu, Rasul lalu bersabda kepadanya, "Tidakkah engkau
rela hai Ali, kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa
?" Mendengankan kata-kata Rasulullah s.a.w yang menyejukkan jiwanya itu
maka barulah puas Saiyidina Ali R.A.
Perkataan Rasul itu terang memperlihatkan
betapa besarnya kecintaan dan penghormatan baginda terhadap dirinya.
Dalam Perang Khaibar
pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh
angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah memainkan peranannya
yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota
tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari lamanya.
Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah S.A.W.
bersabda"Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada seorang
lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan
RasulNya".
Sekelian
panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan
diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak
mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai
Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada
keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah
S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina
Ali R.A. tidak ada di situ kenana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit
mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke mari menjumpai saya,
Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang
mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau
yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau.
Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A.
Maka benteng yang sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya
dapat dikalahkan di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu
Talib R.A.
Satu
lagi peperangan di mana Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. memperlihatkan
kegagahan dan keberaniannya yang luarbiasa ialah tatkala berlakunya
Perang Khandak atau Ahzab. Perang ini adalah antara pihak Islam dengan
angkatan musyrik Mekah yang mendapat bantuan dari puak-puak Arab yang
lain serta orang-orang Yahudi. Orang-orang Islam telah menggali
parit-parit yang digelarkan Khandak di sekeliling kota Madinah sebagai
jalan untuk membendung kemaraan pihak musuh danipada memasukinya. Jumlah
pihak musuh adalah kira-kira 10,000 orang tetapi mereka tidak dapat
masuk kerana tenhalang oleh parit-parit. Namun begitu mereka terus
mengepung kota itu selama 15 hari lamanya. Kemudian Allah S.W.T.
turunkan angin ribut dari tentera Allah yang tak kelihatan memukul dan
menerbangkan khemah-khemah serta alat perang musuh sehingga mereka pun
mengundurkan diri dengan penuh kekecewaan.
Semasa peperangan inilah diriwayatkan bahawa
beberapa pahlawan musynik Quraisy telah dapat menyeberangi parit dengan
mengenderai kuda. Di antara mereka ialah Amru Bin Abdi Wid, Ikrimah Bin
Abu Jahal dan Dhiraar Ibnul Khattab. Apakala mereka itu telah berada di
seberang parit, tiba-tiba Amru Bin Wid telah bertempik meminta lawan
untuk beradu kekuatan dengan pihak pahlawan-pahlawan Islam. Dia mencabar
seraya berkata, "Siapa di antara kalian yang berani berlawan denagan
aku, silakan! Cabaran itu lantas disambut oleh Saiyidma Ali R.A. yang
kemudiannya terus meminta izin dari Rasulullah S.A.W. untuk melawan
pahlawan musyrik itu. Kata Ali R.A., "Saya akan melawan dia, ya Nabi
Allah, Izinkanlah saya. Tetapi Rasulullah S.A.W. telah menahannya dengan
sabdanya, "Duduklah engkau hai Ali! Tidakkah engkau tahu dia Amru.
Amru kemudian minta
lawan lagi berulang-ulang hingga dua kali. Setiap ia mencabar, Saiyidina
Ali R.A. telah berdiri menyahutnya tetapi Rasulullah senantiasa
menyuruhnya duduk sambil mengingatkan bahawa lawannya itu bukan padannya
kenana Amru itu memang terkenal gagah lagi perkasa. Namun begitu
Saiyidina Ali R.A. tetap juga mengatakan, "Sekalipun dia itu Amru, hai
Nabi Allah, saya tidak takut melawannya. Izinkanlah saya menemuinya.
Akhinnya Rasulullah S.A.W. mengizinkannya untuk melawan musuh yang
keadaan orangnya lebih tua, lebih besar lagi lebih berpengalaman dari
dirinya itu. Sebelum Saiyidina Ali R.A. pergi mendapatkan musuhnya yang
menanti itu, Rasulullah S.A.W. telah membekalnya dengan pedangnya lalu
kemudian berdoa ke hadrat Allah S.W.T. untuk keselamatan Saiyidina Ali
Bin Abu Talib R.A.
Tidak lama kemudian tampillah Saiyidina Ali R.A. ke
hadapan. Manakala Amru melihatnya dia tidak dapat mengenalinya kerana
muka dan kepala Saiyidina Ali R.A. bertopeng besi lalu ditanyainya:
“Siapa engkau, hai
pahlawan?”
Jawapnya,
"Ali!”
Tanya
Amru lagi, "Ali, anak Abdul Manaf?”
Jawab Ali R.A. "Ali, anak Abu Talib”
Mendengar nama itu Amru
enggan hendak melawannya seraya katanya untuk memperkecilkan kehandalan
Ali R.A. "Wahai anak saudaraku! Lebih baik orang lain sahaja engkau
suruh melawan aku. Panggillah paman-pamanmu yang lebih kuat daripadamu.
Aku benci menumpahkan darahmu, kerana aku memandang ayahmu seorang
sahabat baikku.
Saiyidina
Ali R.A. lalu menjawab, "Tetapi aku, demi Allah, tak benci menumpahkan
darahmu. Demi mendengarkan jawapan itu maka menjadi marahlah Amru dan
mulalah ia hendak menyerangnya. Tetapi Saiyidina Ali R.A. lalu benkata,
"Macamana aku hendak bertempur denganmu padahal engkau di atas kuda.
Turunlah ke mari sama-sama aku di bawah.”
Mendengar itu Amru telah menghambur dari
kudanya, dihunusnya pedangnya itu dan untuk menunjukkan garangnya
ditetak kudanya dicencangnya mukanya supaya tak boleh lari. Kemudian ía
mara ke hadapan mendapatkan Saiyidina Ali R.A. yang disambut pula
olehnya dengan mengacukan perisainya yang dibuat daripada kulit. Amru
telah menetaknya, perisainya tersiat sedang pedangnya pula melekat di
situ dan mengenai kepala Saiyidina Ali R.A. Maka Saiyidina Ali R.A. pun
membalas menetak bahu Amru. Ia lalu tersungkur rebah serta mati di situ
juga. Saiyidina Ali R.A. lantas memekikkan takbir, "Allahu Akbar yang
disambut pula dengan pekikan takbir yang bengemuruh di angkasa oleh kaum
Muslimin yang menyasikannya, sebagai tanda kesyukunan di atas
kemenangannya. Dan dengan kematian Amru itu kawan-kawannya yang lain
bertempiaran lari mengundurkan diri.
Rasulullah S.A.W. selalu memilih Saiyidina
Ali R.A. untuk diberikan tugas dalam pekerjaan-pekerjaan yang amat
berat, yang memerlukan keberanian yang luarbiasa serta ketabahan yang
besar. Pada suatu masa, Rasulullah S.A.W. telah mengutus pahlawan Islam
Khalid Bin Walid ke negeri Yaman untuk melaksanakan tugas sebagai
pemenintah dan mubaligh Islam di negeri itu. Setelah bekerja selama enam
bulan ternyata Khalid tidak berjaya memperoleh hasil yang diharapkan
walaupun setelah bekerja bertungkus lumus. Kemudian Rasulullah S.A.W.
pun mengutus pula Saiyidina Ali R.A. untuk menggantikan tempat Khalid
Bin Walid sebagai mubaligh dan pemenintah di sana. Demi apakala penduduk
Yaman mendengar bahawa Saiyidina Ali R.A. yang telah mereka kenal
Sebagai Harimau Padang Pasir itu ditugaskan sebagai pemerintah yang baru
maka bersegeralah mereka berkumpul hingga akhirnya Saiyidina Ali R.A.
dapat melakukan sembahyang subuh bersama-sama mereka itu.
Setelah selesai
sembahyang subuh, Saiyidina Ali R.A. pun membacakan surat dakwah di
hadapan para hadirin. Maka seluruh penduduk dan kaum Hamdan sekeliannya
memeluk Islam pada hari itu. Dalam laporan yang dikirimkan oleh beliau
kepada Rasulullah S.A.W. Saiyidina Ali R.A. telah mengisahkan peristiwa
yang telah terjadi itu. Setelah Rasul S.A.W. membaca laporan tersebut
segeralah baginda sujud menyembah Allah sebagai tanda syukur atas
kejadian itu senaya bersabda, "Sejahteralah penduduk Hamdan.
Selaku pemerintah dan
mubaligh di Yaman, Saiyidina Ali R.A. juga telah diperintahkan untuk
menjadi hakim dalam bidang pengadilan. Oleh kenana beliau berasa dirinya
kurang ahli dalam bidang pengadilan itu maka dengan terus-terang dan
ikhlas beliau berkata kepada Rasul S.A.W., "Ya Rasul Allah, saya tidak
mengerti dan tidak mempunyai keahlian yang cukup mengenai hal pengadilan
ini.
Mendengar
perkataan Saiyidina Au R.A. itu segeralah Rasulullah S.A.W. menyapu dada
beliau dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri sambil bersabda, "Ya
Allah, bukalah dada Ali untuk menerima ilmu dan lapangkanlah ucapannya
dalam soal pengadilan". Adalah diriwayatkan bahawa berkat doa Nabi
Muhammad S.A.W. itu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. kemudiannya menjadi
seorang hakim yang bijak lagi adil hukumannya. Baik di zaman Saiyidina
Abu Bakar Al-Siddiq R.A. mahupun di zaman Saiyidina Umar Al Khattab R.A.
selalulah Saiyidina Ali R.A. diajak bermesyuarah dalam memutuskan
sesuatu masalah yang dihadapi oleh Khalifah-Khalifah itu. Bahkan
Saiyidina Umar Al Khattab R.A. biasanya enggan memutuskan sesuatu
keputusan sebelum lebih dahulu Saiyidina Ali R.A. diajaknya berunding.
Demikianlah beberapa
kisah riwayat tentang peranan yang pernah dilakukan oleh Saiyidina Ali
Bin Abu Talib di zaman hidupnya Rasulullah S.A.W. Ketika Rasulullah
S.A.W. wafat, Saiyidina Ali R.A. tidak mempunyai kesempatan untuk
menyertai pertemuan para sahabat dan golongan Muhajirin dan Ansar di
Balai Bani Saidah hingga terpilihnya Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
sebagai Khalifah. Sebabnya ialah ketika itu beliau sibuk menguruskan
jenazah Rasulullah S.A.W. Pada hari yang penuh dukacita itu, beliau sama
sekali tidak menghiraukan permesyuaratan yang berlangsung di Balai Bani
Saidah itu kerana beliau sibuk dengan tugas-tugas pengkebumian jenazah
Rasulullah S.A.W. serta mententeramkan sekelian keluarga Rasul S.A.W.
Permesyuaratan di
Balai Bani Saidah hampir-hampir sahaja menimbulkan keadaan yang kacau
tetapi akhirnya dapat ditenteramkan dengan terpilihnya Saiyidina Abu
Bakar R.A. sebagai Khalifah pertama sesudah Rasulullah S.A.W. Pada
mulanya Saiyidina Ali R.A. enggan memberikan persetujuannya terhadap
pemilihan Abu Bakar Al-Siddiq R.A. sebagai Khalifah, bukan kerana benci
atau kurang senang terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A. bahkan kerana rasa
hati beliau yang sedang remuk redam disebabkan hilangnya Rasulullah
S.A.W. Enam bulan kemudian setelah isteri beliau iaitu
Siti Fatimah meninggal dunia, maka baharulah Saiyidina Ali Bin Abu Talib
R.A. memberikan persetujuannya secara rasmi terhadap pengangkatan
Saiyidina Abu Bakar R.A. sebagai Khalifah. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun
selaku pemerintah ummat yang agung, tidak pernah meninggalkan Saiyidina
Ali R.A. di dalam permesyuaratan penting.
Apakala Saiyidina Umar Al Khattab menjadi
Khalifah yang kedua, Saiyidina Ali R.A. tetap memperoleh kemuliaan dan
penghormatan dan Saiyidina Umar R.A. sepertimana yang dinikmatinya
semasa pemenintah Abu Bakar R.A. Walaupun diketahui bahawa Umar Al
Khattab terkenal sebagai sahabat yang sangat ahli dan bijak dalam bidang
hukum, namun baginda sering minta bantuan kepada Saiyidina Ali R.A. di
dalam menyelesaikan beberapa hal yang sulit-sulit bahkan pernah
diriwayatkan orang bahawa Saiyidina Umar Al Khattab R.A. tidak suka
merundingkan soal-soal yang sulit tanpa dihadiri oleh Saiyidina Ali Bin
Abu Talib.
Setelah
wafat Saiyidina Umar Al Khattab jawatan Khalifah akhirnya jatuh pula ke
tangan Saiyidina Uthman Bin Affa'n R.A. Namun begitu Saiyidina Ali R.A.
tetap memberikan persetujuannya serta ketaatannya kepada Khalifah
Uthman R.A. sekalipun dirinya juga bercita-cita agar terpilih sebagai
Khalifah. Sungguhpun demikian, kesayangan Khalifah Uthman yang
berlebih-lebihan terhadap kaum kerabatnya sendiri menyebabkan pandangan
Saiyidina Ali R.A. dalam beberapa hal berubah terhadap Khalifah. Bahkan
sebahagian danipada penduduk melihat seolah-olah terdapat keretakan
dalam hubungan antara dua tokoh besar itu. Keadaan inilah yang
menyebabkan setengah-setengah pihak yang memusuhi Saiyidina Ali R.A.
menuduh Saiyidina Ali R.A. terlibat dalam pembunuhan Saiyidina Uthman
Bin Affan R.A. Padahal yang sebenarnya Saiyidina Ali R.A. sama sekali
tidak bertanggungjawab dalam perkara yang terjadi ke atas Khalifah
Uthman R.A. Bahkan beliaulah sahabat yang paling mengambil berat
terhadap keselamatan Khalifah. Ketika rumah Khalifah Uthman R.A.
dikepung oleh puak pemberontak, Saiyidina Ali R.A. segera mengirim
puteranya Saiyidina Hasan R.A. supaya menjaga keselamatan Khalifah.
Tetapi ketika Saiyidina Hasan Bin Ali R.A. datang ke rumahnya untuk
menawarkan bantuan, Khalifah Uthman R.A. menolak bantuannya serta
menyuruhnya pulang. Lebih dari itu, apakala Saiyidina Ali R.A. mendengar
khabar tentang pembunuhan Khalifah Uthman R.A. beliau telah memukul
anaknya Hasan R.A. serta mengancam Muhammad Bin Talhah kerana
dianggapnya kurang rapi menjalankan tugas menjaga keselamatan Saiyidina
Uthman R.A.
Saiyidina
Ali R.A. akhinnya telah dipilih kemudiannya sebagai Khalifah selepas
kewafatan Khalifah Uthman R.A. sedang ketika itu sebahagian besar para
sahabat Rasulullah S.A.W. sudah berselerak di pelusok kota-kota di
seluruh wilayah Islam. Yang masih tinggal di Madinah hanya sebahagian
kecil sahaja.
Setelah
jawatan Khalifah jatuh kepadanya maka baharulah Saiyidina Ali R.A. cuba
bemtindak untuk membawa garis politik seperti yang pernah dijalankan
oleh Rasulullah S.A.W., Khalifah Abu Bakar R.A. dan
Khalifah Umar Al Khattab R.A. Tetapi keadaan masyarakat dan ummat sudah
jauh berubah disebabkan perkembangan ekonomi dan pembangunan yang
diakibatkan oleh perluasan takluk Islam. Cita-cita Saiyidina Ali R.A.
untuk membawa kembali dasar pemerintahan ummat sebagaimana zaman
Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakan R.A. dan Umar R.A. telah menghadapi
rintangan dari pihak-pihak yang bersimpati dengan Saiyidina Uthman R.A.
yang menuduhnya bentanggungjawab dalam penistiwa pembunuhan itu.
Disebabkan adanya
golongan yang keras rnenentang sikapnya itu seperti Muawiyah Bin Abu
Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As maka tenjadilah satu penbalahan
yang sengit antana dua golongan itu. Satu pertelingkahan
yang panjang yang mengakibatkan pertumpahan darah di antana sesama ummat
Islam. Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abu Talib
sebagai Khalifah senta menuntut baginda mengenakan hukuman tenhadap
orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan Saiyidina Uthman R.A.
Sedang Saiyidina Ali R.A. pula terlebih dahulu telah memecat Muawiyah
sebagai gabenor Syam dan juga tokoh-tokoh yang pemnah dilantik oleh
Khalifah Uthman R.A. atas dasan kekeluargaan. Akibatnya maka berlakulah
peperangan yang berpanjangan antara pihak Khalifah Ali R.A. dengan pihak
penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri
Syam. Kesudahan dari perbalahan yang panjang itu Saiyidina Ali Bin Abu
Talib akhirnya telah mati terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar