Biodata
SAIYIDINA UMAR AL-KHATAB ra.
Nama sebenar
: Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin
Abdillah bin Qarth bin Razaah bin 'Adi bin Kaab
Nama Ibu
: Hantamah bte Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin
Makhzum.
Gelaran
: Al-Faruq
Keturunan
: Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)
Tarikh lahir
: 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam
Nawawi)
Jawatan
: Khalifah
Ar-Rasyidin Kedua
Tarikh
Lantikan : 634M
Tempoh Jawatan
: 10 tahun
Tarikh M/Dunia :
23H @ 644M
Umur
: 63 tahun
Semasa sebelum
memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama untuk
mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau merupakan
mertua Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan anaknya, Hafsah
bte Umar. Beliau salah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW.
Sifat
Peribadi Umar al-Khattab
Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari
para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka
bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul
air ini ?" Jawab Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa
diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk
menundukkannya"
Kata
Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka
: "Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami
tidak berani bertentangan mata dengannya". Hal ini diadukan oleh Abdul
Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah mereka berkata
demikian ?" "Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga
lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan
sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah
lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?"
Diriwayatkan oleh Umar
bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar
al-Khattab dan berkata : "Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat
gentar melihatmu !" Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang
zalim ? " Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata Umar lagi : "Kalau begitu,
biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku"
Menurut Barrak bin Makrur
: "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk memberi
tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah, ubatnya
adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah" Kata
beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau
tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya.
Keislaman Saidina
Umar
Beliau
memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun.
Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita
gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.
Rasulullah SAW pernah
berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b.
Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani
Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan
oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah
kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang
diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila
Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad,
sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk
Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat
membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh
para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar
menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya
Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW :
"Benar"
Aku
berkata lagi : "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian kami masuk ke
Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah
(berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua
dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi
sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq !
Dengan islamnya Umar,
maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka
telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah
khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang
Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah
kerana takut kepada Umar.
Keberanian Umar
Peristiwa yang
menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar
Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan,
berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah
secara rahsia.
Umar
Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa
kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Pada
detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke
Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut,
meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah,
beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian
dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah
tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika
itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan
kehadiran Umar.
Saidina
Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang,
tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya.
Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan
mendirikan solat.
Selesai
solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata
yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia
ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah."
Kata Umar lagi:
"Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan
kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran
kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu
kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."
Cabaran Saidina Umar
terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan
pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati
mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari
Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar
berlawan senjata.
Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy
dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak
Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar
mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam
keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.
Saidina Ali r.a. yang
turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar
melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki
oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu
rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang
tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa
teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah
bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.
Berikutan dari peristiwa
itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan hijrah. Sehingga
tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di Makkah, kecuali
Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib,
selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak kenderaan dan
keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh pihak Quraisy,
akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam
Hadith tentang Umar
1. Semasa tidur, aku
bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan
sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana
ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan
Muslim)
2.
Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran.
Hadith riwayat At-Turmizi
3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah
orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi
4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan
dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith
riwayat At-Turmizi
5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.
6. Semua malaikat di
langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari
Umar
7.
Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi
sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat
Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.
8. Tidak ada sesuatu
perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan
oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh
mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)
Umar Sebagai Orang Yang Pertama
1. Pertama digelar
Amirul Mukminin
2.
Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
3. Pertama mengenakan
pukulan 80 kali ke atas peminum arak
4. Pertama mengharamkan nikah mut'ah
5. Pertama mewajibkan
zakat ke atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
7. Pertama sunatkan
Qiyyam Ramadhan
8.
Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
9. Pertama memperkenalkan
Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)
Umar Dan Al-Quran
Saidina Umar Al-Khattab
mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa pendapatnya merupakan
sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat al-Quran yang diturunkan
sempena pendapat beliau ialah :
1) Kisah tawanan Badar - ayat 28 Surah
Al-Anfal
2) Ayat
Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat - Ayat 125 Surah
Al-Baqarah
3)
Ayat Hijab - Ayat 53 Surah Al-Ahzab
4) Ayat tentang asal-usul
kejadian manusia - Ayat 12 Surah Al-Mukminun
>5) Ayat tentang arak
- Ayat 219 Surah Al-Baqarah dan
Ayat 43 Surah An-Nisa'
6) Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang
Munafiq - Ayat 84 Surah At-Taubah
7) Kisah orang Munafiq -
Ayat 6 Surah Al-Munafiqun
8) Ayat 5 Surah Al-Anfal
9) Ayat 16 Surah
An-Nur
10) Ayat
tentang penghalalan jima' di malam bulan Ramadhan - Ayat 187 Surah
Al-Baqarah
11)
Ayat 97 Surah Al-Baqarah
12) Ayat 65 Surah An-Nisa'
13) ayat 13 Surah
Al-Waqiah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar