Saiyidina Hassan bin
Ali r.a., adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat
Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah ibarat permata
di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji.
Pada suatu hari
sedang Saiyidina Hassan duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang
seorang pemuda badwi, lalu mencacinya dan juga kedua ibu bapanya.
Anehnya, Saiyidina Hassan hanya mendengar sahaja tanpa sedikit pun
berubah air mukanya, atau membalas kata-katanya itu.
Saiyidina Hassan berkata
kepada orang itu: "Wahai badwi, adakah engkau lapar atau dahaga?
atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?." Tanpa
mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan, badwi itu terus memaki
hamunnya.Oleh itu Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu rumahnya
membawa uncang yang berisi wang perak lantas diberikannya kepada badwi
itu dan berkata: "Wahai badwi, maafkanlah saya. Inilah sahaja yang
saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya dari
padamu."
Sikap dan layanan
Saiyidina Hassan itu akhirnya berjaya melembutkan hati badwi tersebut.
Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hassan
dan berkata: "Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah aku kerana
berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan begini untuk
menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasulullh saw.
yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau mempunyai budi
pekerti yang mulia sekali."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar