Ibn Katsir menulis
di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah Asma
binti Umais bin Maadd bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah
Abu Bakar ra yang sebelumnya diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.
Dari
perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau melahirkan
tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular
Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr
asy-Syalabi ]
Perkahwinan dengan Abu Bakar ra beliau melahirkan
Muhammad bin Abu Bakar ra. Apabila Asma berkahwin dengan Ali ra, maka
Muhammad bin Abu Bakar menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.
Setelah Abu Bakar ra
meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib , adek
suaminya yang pertama.[Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib
r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini] Beliau adalah isteri ke enam
bagi Ali ra.
Perkhwinan
dengan Ali melahirkan Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil
riwayat ini dari Ibnul Kalbi. Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al
Waqidi mengatakan “ Beliau memperoleh dua orang putra darinya, Yahya dan
Aun, adapun Muhammad al Ashghar berasal dari ummul walad[Ummul
walad adalah hamba wanita]. Dalam hal ini kita dapati ada
perselisihan pendapat penulis sejarah.
FITNAH PERIHAL RENGGANGNYA
KELUARGA ABU BAKAR RA. DENGAN KELUARGA ALI RA.
Suatu yang istimewa
dengan Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat Sitti Fatimah
r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan
melayaninya dengan penuh kasih-sayang semasa sakit hingga
detik-detik terakhir hayatnya.[Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi
Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini]
Kalau demikian rapat
hubungan Asma ra dengan Fatimah ra bermakna rapat jugalah
hubungan dengan Abu Bakar ra , kerana masa itu Asma adalah isteri
Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat Fatimah ra meninggal dunia enam bulan
selepas Rasullah saw meninggal dunia. Jadi bagaimana boleh timbul fitnah
kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali ra dengan Abu Bakar ra.?
Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah dirahsiakan dari
pengetahuan Abu Bakar ra.
Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a hanya
ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah kematian
Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah
Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!
HIJRAH
ASMA’ KE MADINAH
PERJALANAN dari Habsyah ke Madinah terasa begitu
lama. Rindu pada insan mulia, anak saudara suaminya sendiri,
membuak-buak di hatinya. Meskipun hidup di Habsyah aman dan tenang di
bawah pemerintahan Najasyi yang adil serta terhindar daripada gangguan
kafir Quraisy, hatinya tetap rindu bagi bersama insan mulia dalam
menegakkan agama Islam.
"Jauh lagikah? Saya tidak sabar tiba di Madinah.
Inilah yang saya harapkan sekian lama;' kata Asma' binti Umais pada
suaminya, Jaafar bin Abi Talib yang mengetuai penghijrahan kaum Muslimin
ke Habsyah.
"Insya-Allah
tidak lama lagi;' jawab J aafar lirih.
Jaafar memandang ketiga-tiga anaknya yang
dilahirkan di Habsyah iaitu Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka masih
kecil dan belum mengerti apakah yang sedang bergolak di hati ibu dan
ayah mereka. Mereka belum tahu erti perjuangan menegakkan agama Islam.
Namun, di bawah
didikan Rasulullah nanti, Jaafar mahu melihat mereka membesar menjadi
pejuang-pejuang agama yang memiliki iman yang kental.
Jaafar kemudian
menoleh pada isterinya. "Tidak sedihkah meninggalkan anak susuanmu
Abdullah?" Jaafar cuba menduga hati Asma'.
Asma' termenung mendengar pertanyaan
suaminya itu. Tujuh tahun lamanya dia tinggal di Habsyah sesudah
berhijrah ke sana bersama segelintir kaum Muslimin yang lain demi
menyelamatkan diri daripada gangguan kafir Quraisy.
Selama tujuh tahun,
mereka begitu akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada mereka.
Selepas Najasyi masuk Islam di tangan Jaafar, Asma' mendapat tempat yang
istimewa dalaM keluarga raja itu.
Ini terbukti apabila Najasyi menamakan
puteranya nama yang serupa dengan anaknya, Najasyi meminta Asma'
menyusukan puteranya bersama-sama anaknya.
"Abdullah anak susuan saya dan bumi
Habsyah tetap saya ingati. Namun, rindu saya pada Rasulullah dan negara
Islam Madinah, tidak ada tolak bandingnya;' jawab Asma'.
Jaafar
terangguk-angguk mendengar kata-kata isterinya. "Saya mendapat khabar
Rasulullah sedang menunggu kepulangan kita. Beliau juga begitu merindui
kita semua kata Jaafar.
Selepas menempuh perjalanan yang lama, akhimya
rombongan mereka tiba di Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin sedang
meraikan kemenangan mereka mengalahkan kafir Quraisy dalam perang
Khaibar.
"Allahu
akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!" Rasulullah dan kaum Muslimin
bertakbir memuji kebesaran Allah atas kemenangan mereka itu.
Muslimah Pilihan
Ketika itulah Jaafar
dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah.
Sebaik sahaja beliau
melihat Jaafar, beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan
mencium dahinya.
"Demi Allah, aku tidak tahu mana yang lebih
menggembirakan diriku, kedatangan Jaafar atau kemenangan Khaibar kata
Rasulullah kepada seluruh hadirin.
Asma' dan Jaafar tinggal di Madinah
dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga daripada
Rasulullah.
"Isteriku,
saya telah mendapat perintah daripada Rasulullah supaya berangkat ke
Syam memerangi tentera Byzantine;' ujar Jaafar kepada Asma' pada suatu
hari.
"Siapakah
yang memimpin tentera Muslimin?" soal Asma'.
"Zaid bin Harisah.
Akan tetapi, sekiranya dia syahid, sayalah yang menggantikan tempatnya
jawab Jaafar, "Pergilah suamiku. Semoga Allah memberi kemenangan ke atas
kaum Muslimin” kata Asma' kepada suaminya.
Seluruh umat Islam temanti-nanti
kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar berita sama ada kaum Muslim
memperoleh kemenangan atau sebaliknya.
Hati Asma' bergetar apabila Rasulullah
datang ke rumahnya. Rasulullah mendekati ketiga-tiga anak Asma', lalu
mencium mereka dengan , mata berlinangan.
"Wahai Rasulullah, apakah yang membuatkan
anda menangis? Adakah anda telah mendapat khabar tentang Jaafar dan
sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.
"Benar, dia telah gugur syahid hari ini” jawab
Rasulullah ringkas.
Mendengar jawapan Rasulullah itu, Asma' tidak dapat
menahan rasa sedihnya. Dia menangis teresak-esak di samping
anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar demi mengharapkan reda Allah .
ASMA’
MENJADI ISTERI ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Tidak lama sesudah itu, Asma' berkahwin
dengan Abu Bakar as-Siddiq selepas isteri beliau, Ummu Rumaan meninggaI.
Asma' terus setia di samping Abu Bakar, sehingga beliau dilantik
menjadi khalifah selepas Rasulullah wafat. Asma' juga bersabar ketika
menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit kuat.
"Asma', apabila aku meninggal dunia,
mandikanlah jasadku. Dan bukalah puasamu agar dirimu lebih kuat:” pesan
Abu Bakar apabila dia merasakan maut semakin menghampirinya.
"Baiklah:” jawab Asma'
sambil matanya tidak lepas memandang suaminya yang berada di ambang
sakaratul maut.
Tidak lama kemudian, lnnalillahi wainna
ilaihirojiun.
Asma' berasa sedih dengan kematian Abu Bakar. Namun
begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan
jenazahnya.
Asma'
kembali bersendirian membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka
dengan memohon kepada Allah agar memperbaiki anak-anaknya sehingga
mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang bertakwa.
ASMA’ MENJADI
ISTERI ALI BIN ABI TALIB
Sedih yang dialami oleh Asma' segera diubati oleh
Ali bin Abi Talib. Beliau datang meminang Asma' selepas Fatimah az-Zahra
meninggal.
Ketika
Ali bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang keempat, Asma' turut
memikul tanggungjawab sebagai isteri khalifah bagi kaum muslimin dalam
menghadapi peristiwa-peristiwa besar.
Demikianlah Asma' binti Umais, wanita
yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin besar kaum Muslimin iaitu
Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Semoga
Allah merahmatinya.
Asma' amat mencintai ketiga-tiga suaminya. Katanya,
"Aku tidak melihat seorang pemuda daripada bangsa Arab yang
lebih baik daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah baya
yang lebih baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya
dibandingkan kedua-duanya".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar